Filed under: Uncategorized
Gambar-gambar pasture akan di upload dalam masa terdekat.InsyaAllah…
Filed under: Uncategorized
Pada 19 April 2007, Malaysian Technical Cooperation Programme(MTCP) yang mengadakan ‘International Training Programme bersama negara-negara dunia membangun dan juga turut disertai Australia telah membuat lawatan ke kandang kambing Tn Hj Ab Halim. Lawatan ini merupakan salah satu dari rancangan RM9 negara Malaysia di dalam sektor pertanian. Salah satu dari acara mereka adalah lawatan ke Kandang Kambing 1 Tn Hj Ab Halim yang terletak di dekat kawasan rumah beliau. Lawatan itu dirasmi oleh Pengarah Risda dan dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Risda. Seramai 40 delegasi dari pelbagai negara menyertai lawatan ini.
Gambar 1:Tn Hj Ab Halim Hj Ab Jalil sedang memberi ceramah pembuka kepada tetamu yang hadir.
Gambar 2: Tn Hj Ab Halim Hj Ab Jalil sedang memberi penerangan.
Filed under: Uncategorized
Pada 19-20 Ogos 2006, Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan ‘Hari Peladang dan Nelayan Tahun 2006’ yang bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka. Tn Hj Ab Halim b Ab Jalil telah dijemput sebagai penceramah dalam ‘Majlis Konvensyen Peladang’ khas untuk pengkhususan ‘Kambing’. Beliau dijemput untuk memberi pendedahan kepada penduduk negeri Melaka tentang cara-cara mengurus penternakan kambing secara menyeluruh dari aspek pembinaan kandang, penjagaan anak-anak kambing, pengurusan makanan, rawatan dan obat-obatan dan lain-lain lagi.
Filed under: Uncategorized
Assalamualaikum.
Kepada teman-teman penternak kambing, abhalim samiah goat farm menyediakan kursus mengenai pengurusan kambing. Slot slot yang akan diberikan dalam kursus tersebut adalah:
- pengurusan anak-anak kambing yang baik
- pengurusan kambing dengan teknik ternak yang benar
- tips pemilihan baka-baka kambing terbaik
- pengurusan penyakit dan ubat-ubatan yang sesuai
- design kandang dengan teknologi canggih
- pemprosesan makanan kambing dengan nutrisi seimbang dan biaya minimum
- pengurusan perniagaan (pemasaran, dana, pengurusan)
penyampaian akan di sampaikan oleh:
Tn. Hj, Ab Halim b Ab Jalil (Cikgu Halim) dibantu Pn. Hajah Samiah bt. Salim
kepada yang berminat sila hubungi:
06-5520172/013-6560995/013-6560993